salam semua.1st n foremost,sorry yer. mr.mode buat tajuk post entry mcm kat atas.saja nak pancing korang.skrg da masuk hari ke-7 semua muslimin n muslimat berpuasa.Alhamdulillah semua berjalan ngan lancar.so,mr.mode harap readers semua berusaha merebut segala kebaikan yang ditawarkan kepada kita.n pada sesape yang kerap membaca blog lebih daripada bahan bacaan yang sewajarnya mr.mode harap korang dapat reconcile balik cara korang tu.dunia perlu,akhirat pun perlu.so,mr.mode akan slow sket dari berblog.sekadar untuk tidak ingin menjadi faktor2 kepada alasan korang untuk asyik dengan membaca blog daripada membaca bahan2 lain yang lebig menjurus kepada amalan2 yang dituntut semasa bulan RAmadhan ni.kan baik kalu kite sesama ingat-mengingatkan antara satu sama lain.berbalik kepada tajuk post entry ni mr.mode nak share sikit sebanyak pasal tajuk tu.da alang tajuk letak title macam tu so kena la ulas serba-serbi apa yang patut.it migt not worthful to be put into consideration.kan setiap umat itu berpendapat memasing so mr.mode's opnion maybe ade yang tercanggah dengan mana2 penapat orang lain.indeed,mr.mode nak tanya sket.jawab la dalam hati ngan jujur.
Cinta kah aku pada mu??
1.bila cinta 'mata' kita makin celik or makin buta?
2.bila cinta no.2 kita dahulu kekal no no.2 or sudah pun berkongsi takhta carta dengan orang yang kita cinta?(no 1 tetap ALLAH swt)
3.bila cinta kita semakin baik atau semakin buruk?atau sekadar statik pada satu titik yang berpusat?
4.bila cinta kita adakah balasan jelingan manja si dia lebih mengoncang debar dada atau balasan doa tulus si dia lebih mendamaikan?
mr.mode sedar bahawa untuk membibitkan rasa cinta antara 2 insan yang masih tidak halal antar satu sama lain berbuahkan pahala pada hari ini dengan persekitaran yang sangat menduga, banyak yang tewas dengan 'manisan' yang sebenarnya sangat mengelatkan.apa yang tinggal untuk kita jika semua sudah dikongsi bersama.fenemona mendirikan institusi perkahwinan sebelum akad dan nikah berlangsung sudah semakin membarah.semakin mengakar umbi.sehingga segala yang haram dihalalkan atas tiket 'rasa sayang'.sedarkah kita bahawa adakah 'tiket' itu telah dijanjikan olehNYA jika kita sendiri membelakangkan segala laranganNYA?tegarkah kita menurut segala suruhanNYA?atau tegarkah kita terjebak dengan larangan NYA?
pada pandangan mr.mode,pendekatan umat RAsulallah SAW hari ini mengamalkan pendekatan yang membawa mereka ke landasan cinta sebenar terlalu realistik.hingga mengheret mereka ke lembah cinta bahimiyah* yang paling bawah.alangkah lebih manisnya jika kita bersama2 berusaha untuk mengusung ikatan sayang antara kita ke istana cinta Rabiatul Adawiyah.
hari ini,percintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang dipotretkan dengan begitu cantik.dengan story board yang meruntun-runtun jiwa.kita ssudah disekolahkan dengan gambaran bahawa cinta-cinta seperti inilah yang menjadi impiansetiap jiwa yang berpacaran.daripada tenggelam bersama-sama TITANIC sehingga menjulangnya Gunung Ledang rela jua dijejaki bersama.molek kan cinta ini?
Bagaimana dengan cinta yang bertunaskan Islam?kabur.sesekali disebut jugaklah Yusuf dan Zulaika.Sulaiman dan Balqis.sekedar menyebut nama dan menyoroti sejarah mereka adakah sudah memadai?apakah prinsip mereka?apakah pendekatan mereka?
mr.mode terkedu bila melihat rakan2 mr.mode bersentuhan antara satu sama lain.Peraturan Allah memang menegah perbutan ini.adakah peraturan ALLAH ini menyekat pada kreativiti.inovasi,dinamik fikiran dan pergerakkan manusia?oh rakan,peraturan ALLAH adalah panduan untuk kita menyalurkan bakat,kemahiran,pandangan dan ketrampilan diri dlam suatu suasana yang kondusif dan selamat untuk berkasih sayang secara efektif dan efisyen.jangan kerana kita,peraturan ALLAH difitnah.maksud mr.mode,kita dianngap alien dari planet Zorqan kerana tidak 'mesra manusaia'.apa kata orang hari ini, sentuhan 5 minit lebih bermakna untuk menzahirkan rasa sayang berbanding ucapan kata2 selama 5 jam.ye la,dengan active10,fren n family dan 8pax,15 sen seminit berbual didalam talipon apa lah sangat.10 jam berbual pun belum tentu membebankan.jiwa melara ingin bertemu melampiaskan segala nanah rindu lebih membebankan.lantaran,mula lah segala peraturan ALLAH dibelakangkan.secara sedar atau tidak sedar.selalunya sedar tetapi buat2 tidak sedar.sungguh praktikal.sungguh merugikan
sebenarnya.
Hah,terkedu korang.hambek kau.mr.mode dah mula start mengamalkan balik teknik2 penulisan untuk peperiksaan Kertas Bahasa Melayu 2.sikit punye cantik mr.mode karang ayat.dengan tatabahasa yang kemas,mau dapat A1 mcm ni.sayang ni bukan tujuan untuk itu,tujuan nya untuk membetulkan balik apa yang salah.yang selama ini salah dibetulkan demi tuntutan jiwa manusia yang berbuahkan nafsu.
kaitan tajuk ngan post enrty?adakah bersilang-paut antara satu sama lain.ini bukan nya kelas kimia tingkatan 4 yang nak ajar korang pasal penvulkanan getah tetapi itulah kenyataan nya.kalau ada yang tak perasan,lantak korang lah.ada mr.mode nak kesah?
*bahimiyah=binatang.
x.o.x.o
deperate housemates