Thursday, March 26, 2009

racau sang khalifah....



mencandu ketenangan yang penah diragut
saat aku mengharapkan tongkat itu
untuk aku sekurang-kurangnya berdiri.
biarpun hanya untuk melihat kau berlalu pergi.
dan tika minit-minit yang mendatang bersulam
dengan segala kenangan kita,
aku sudah pun jatuh tersungkur.
dan luka yang membekas terus melaharkan segala isi nanahnya.
aku sakit.
bagai selumbar yang jatuh tepat ke isi hati.
seperti di dalam hati ini tiada isi.sekosong vakum.
seorang warganegara malang seperti aku ditakdirkan
untuk menjadi penghulu kepada segala kesunyian dan keresahan.
menjadi nahkoda kepada sebuah hala tuju
yang tersasar jauh dari titik yang benar.
kesesatan akan selama menghantui.
kerana kau pergi.
tanpa sesaat berpaling untuk ucap selamat.
membuka satu lembar epilog terus menerus menyesak dada.
mencucuri senak kepala membengkak.
tangan kaki yang kaku terus kaku.
mata melihat horizon yang silau di hujung itu
memberi kata erti yang kau pergi bersama-sama peluang
untuk aku terus harap menanti .
aku tetap menunggu.
aku masih di sini




1 comment: