Thursday, September 3, 2009

Menda best ni..

Salam...Ustaz Naj bersiaran jap b4 nak tido...da lama Ustaz Naj nak kongsi pasal menda ni..tapi td baru ingt,maka Ustaz Naj pun gugel punye gugel,so Ustaz naj kopipes sajork artikel ni...n as usual la...Ustaz Naj kopipes sajork..tak pandai la nak semerize2 artikel ni..kang terpesong kang,sapo nak jawab...

Lebih baik memberi hutang dari bersedekah

Posted by: ahmadzaki on: 26 November 2008

Sedekah menurut istilah syarak ialah pemberian ketika hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apa saja pemberian tanpa bayaran sebagai imbalan balik atas pemberian itu dengan tujuan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah, disebut sedekah. Sedekah dibahagikan kepada wajib yang dikenali sebagai zakat dan sunat seperti wakaf, derma dan sumbangan. Pinjaman pula adalah pemilikan sementara kepada seseorang untuk dimanfaatkan.

Mengenai kebaikan memberi pinjaman dan sedekah kepada mereka yang memerlukan, firman Allah SWT ialah “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” – (al-Baqarah 2:245)

Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan: “Pada malam aku diisra’kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga, ‘Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda‘. Aku bertanya Jibril kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah? Jawabnya, kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan” (Ibn Majah dan Baihaqi).

Oleh itu, sebaik-baiknya kita memberikan pinjaman kepada orang yang memerlukan bantuan apatah lagi dari kalangan kaum kerabat yang perlu diutamakan daripada orang lain. Kemudian janganlah meminta bayaran pinjaman itu dengan kadar segera yang boleh menyebabkan berlaku kesusahan atau kezaliman kepada mereka yang berhutang itu. Manakala apabila melihat mereka menghadapi kesukaran membayarnya walaupun cuba mengusahakan sebaik-baiknya tetapi tidak mampu menyelesaikannya, tuan boleh menyedekahkan hutang itu separuh atau sebagainya. Perkara itu adalah lebih baik kerana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” – (Al-Baqarah: 280)




So how????
sekadar utk renungan korg,Ustaz nak panjangkan sket minda korg agar korg berfikir sejenak...
gini cter die...kite bagi pinjam 10 hengget kat sekor bahlol ni..ujong2 bahlol ni wat2 bongok..jite hengatkan pon die bantai wat bodo gak...

apa tindakan kita?

1. halalkan sajork..niatkan sedekah...

2. tuntun dan terus tuntut..kalau perlu tuntut sampai kat Padang Masyar....
kata berhutang kan..harus la bayar kan??

3. hantar bonzer belasah die....tu diah..utang seploh sajork..nak upah abg bonzer besar gaban tu maw ratus2 gak..so how??

#persoalan nye,kalau kite halalkan kite ni kire dapat dua2 ke skali..ye la kan..kasi hutang dapat 18 kali ganda...pastu kite niatkan sedekah..dapat 10 kali ganda plak....kan kayo tuh????

jawab la uolzz...

No comments:

Post a Comment