Monday, August 31, 2009

Puasa ke berapa ntah..

Pas sahur tadi terus tak tdo2...last nite abg jamey belanja tgk cter UP....fun-heart-wrenching stories...i can hardly remember wen was d last time i watched a movie that really touched me...yeah,i'm being emotional now....i loved the movie portrays how devoted carl to his wife,ellie....they werent meant to have a baby n still they grew old and grey till ellie's last breath...n full stop...the adventurous journey he had with the little mail man who is a boy-scout actually doesn't really catch my attention...doug the dog is funny...the rest is best for u to watch urself...

*tetiba je kan berbahasa org putih kan....

neway,dapat weekend maka cuti digunakan sepnuhnya....spent a whole saturday night life wif the bys,,wasnt the best night i ever had but the moment we had is priceless...tu diah da mcm iklan kad kredit la pulok....next thing wat we had in minds are next holiday after EnE....*matilameroyan kalau bullah tahu ape aku nak ronggeng pas EnE nati....hahaha....

as usual la,once in a while kalau aku da post n3 ni,aku slalu gak la bersoal-jawab ngan cik techik aku sorg ni....from the sources that aku dapat..face book n fuzzy-aris,aku tgk wanita muslimah ni sekarang bukan main lagi kosep sentap berdarah...AWAT DIK????u should hit me in the first place....y shud i know these from d internet.....u noe wat sis.not ggod to spill the anger in such way..not healthy la.....like me,wen i get angry on someone , i simply jump on his or her or wat not..even i have to crank his or her spine n outpost his or her face i will do it....

Dont mess with Zohan Najib....

Thursday, August 27, 2009

Keberkatan Ramadan



Sabda Rasulullah SAW:

“Bulan Ramadhan
awalnya rahmat
pertengahannya keampunan
dan
akhirnya keselamatan daripada api neraka’

Wednesday, August 26, 2009

menunggu sahur...

tadi aku ter peek kat lappy nasriq..mamat tu tgh layan cter nur kasih episod 13....
very drama melayu sgt2....at first it managed to steal a glance of my bare-naked eyes but as the drama goes on, i start to disgust myself becoz of watching it....so,a big NO NO for this series ever again in the future...

*tetiba perut sakit..tulah carutkan cter kegemaran cik fazilla???

Monday, August 24, 2009

Puasa ke-3

Assalamualaikum...
tatkala aku ade sesipi masa ni,sempat la aku naik umrah kat beberapa blog yg da sekian lame aku dok jadi silentreader jer,konsep n3 yg dipost semua berkisar juadah berbuka...konsep sgt2 kan...rasa sedih plak pasal aku kat sini makan ape yg cook house masak jer...kalau kat umah,sudah tentu aku bole demand itu dan ini...kalaupon mummy tak mampu nak sediakan,beliau dgn konfiden jer menyuruh aku mencari juadah tersebut di bazaar ramadan...senang sajork..tapi di tempat org ni,die jamu nasik,makan nasik la...kalau mee goreng,mee goreng la...Alhamdulillah..mujur die jamu menda yg bole di makan..dibuatnya jamu dedak ngan batu,kan naya....

So,memandangkan bolan posa ni,meh aku nak sharing2 sket makanan2 feveret aku time bolan posa....here we go...

1. ketupat sotong


gigh gugel ketupat sotong,ujong2 kuar sotong kering..apakah?

2. net bread with thick chicken curry



3. nasi kerabu

jom pi bazaar...

Sunday, August 23, 2009

Selamat berbuka...

Salam readers..quick n3..just nak wish happy break fasting....
huhu...wat d o we have today???same ol menu i think...
cik fuzzy,pegi bazar,bersederhana yer...sian poket cik boi...
ade org bukak posa ngan pizza ri nie....sedapnyer...

sekian...

Sahur ke-2....

Assalamualaikum
Sorri yg sahabat2 sekalian..ri ni Ustaz Naj bersiaran agak lewat...tazkirah kite utk hari ke2 ni maseh lagi berkisar pasal sahur....pasal puasa ni kite agak particular da...so,gigih ni Ustaz Naj gugel pasal sahur....check it out...

Ihya Ramadan: Walaupun seteguk air, sahur pelihara kesihatan
Oleh Dr Danial Zainal Abidin


BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) – Wanitajim0@yahoo.com



Tu diah,Ustaz Naj men kopi pes jer....konsep sgt2 hari Ahad jer mula la malas serba serbi...neway,Ustaz Naj nak summarize artikel tu pown Ustaz Naj tak berani...gusar salah tafsir,maw kena kejar ngan Mufti Besar kang...dituduhnya Ustaz Naj bawak ajaran sesat..oh tidak~~~

Natijahnya,pada readers kalau ade nak tanya ape2 yg musykil perihal artikel diatas,refer pada yg pakar....Ustaz Naj ni ustaz hanya pada nama...konsep?Ustaz Naj bestow title tu diri sendiri...tanya pada yg arif ye adik2....agar kita semua berada di Siratul Mustaqim..yakni jalan yg benar....Wallah'huallam...

Saturday, August 22, 2009

fadilat sahur...

n3 bulan posa ni aku bajet nak post yg pendek2 jer....contoh nye mcm ni...

sahur ni yg membezakan org Islam dan bukan Islam berpuasa...sumber rujukan mana aku tak hengat ler...tapi aku ada tgk dlm tv....kan kat tv3 dlu kalau time masuk waktu jer die ada petik mana2 hadis yg soheh....wallahuallam...

see,pendek dan bernas tak???n aku try sampai cara aku...tak lah aku melalut sgt2...just aku sampaikan cara Ustaz Naj....




cikgu siti hajar suruh Ustaz Naj adzan tarik key Mariah Carey...



sekian...Ustaz Naj nak bersiap Bang Subuh ni...

Assalamualaikum....