Friday, August 7, 2009

Hari jumaat...

Assalamualaikum.....
Hari baik ulan baik ni Uztaz Naj nak kongsingan readers ngan beberapa hal ilmiah yg Ustaz rasa Ustaz nak share ngan korg....Ustaz ingt lagi last time Ustaz pose pakai serban ialah time kat 14 melayu hari tu...sejak hari tu,ustaz da tak sarung2 da..so,Ustaz Naj amik dis oppotunity nak crownkan Ustaz ngan lebai yg da lama Ustaz tinggalkan....So,gigih Ustaz gugel pasal nisfu syaaban...

sebelum tu,Ustaz nak share sket sejak 2 3 hari yg lalu hp Ustaza menderu2 masuk mengingatkan satu detik yg hanya berlaku sekali sahaja dlm kehidupan ini...beria bagai la kawan2 ustaz sibuk nak mengingatkan agar jangan terlepas peluang jam 12.34:56 07.08.09...konsep ape yg cuba mereka cuba sampaikan?ntah la....mmg ustaz konpius....detik tu hanya akan berlaku lebih kurang sejam je jap lagi.....maka,usai sahaja detik tu apa yg kite dapat??

Ustaz kesal kerana tiada satu pon member2 ustaz yg berusaha nak ingatkan ustaz pasal nispu syaaban....maka hari nisfu syaaban berlalu begitu sahaja....Allah bagi 24 jam supaya kite merebut keberkatan 15 syaaban...ujong2 kite ni sebok la ingtkan member2 kiter pasal 12.34:56 07.08.09.....korang renung2 la kat mana hebatnyer masa detik tu....

malas nak syarahkan ko lebih2,ustaz nak paste satu artikel yg ustaz curi (copy) dari satu laman web ni....korg baca sampai abis ek....

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

ehsan: http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

Maka,kepada readers semua,meh la kite

renung kembali dimana kah paksi kiter sekarang??

Ustaz sendiri antara golongan yg Allah tarik

daripada merebut peluang yg ditawarkan semasa

15 Syaaban semalam...any way, tak terlewat lagi.....

Ramadan is incomin...jom pakat pulun rebut pahala yer...

wat bekal kat AKHIRAT sana....

WASATIAH LA KITA DALAM BERIBADAH.....

dunia kite kejar,Akhirat kite pukul abis....

Semoga Allah memberkati kite muslimin dan muslimah semua.

No comments:

Post a Comment